suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jlo Tangguh Konsert Residen Las Vegas

Jennifer Lopez menangguhkan tiga persembahan residen di Las Vegas.

PENYANYI Jennifer Lopez menangguhkan persembahan residennya di Las Vegas selepas kejadian tembakan di Festival Route 91 Harvest yang sehingga kini mengorbankan 59 nyawa manakala 527 lagi cedera pada malam Ahad lalu.

Daily Mail melaporkan Jennifer yang mengadakan persembahan di Axis Theater Planet Hollywood membatalkan tiga malam persembahannya sehingga hujung minggu ini bagi menghormati mangsa terlibat dalam tragedi berkenaan.

Penyanyi berusia 47 tahun itu masih terkesan dan berasa sedih selain terkejut dengan insiden menyayat hati itu.

Sementara itu, polis mengenal pasti penembak dikenal pasti sebagai Stephen Paddock, berusia 64 tahun dan dia ditembak mati selepas pasukan keselamatan menyebu sebuah bilik di hotel tempat dia melepaskan tembakan.

Hotel tersebut terletak seberang jalan dari lokasi festival.

Jennifer Lopez, Las Vegas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain