suria

Kylie Jenner Jadi 'Bodoh' Bersama Tyga

Tyga dan Kylie Jenner berpisah selepas tiga tahun bercinta.

MODEL dan bintang realiti Kylie Jenner mendedahkan sepanjang tiga tahun menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi rap Tyga dia merasakan seperti seorang wanita 'bodoh'.

Malah kata Kylie, 20, dia menyifatkan kehidupannya bertukar bosan dan sering menghabiskan masa di rumah berbanding bersosial sesuai dengan usianya.

"Saya sangat gembira dengan kehidupan beberapa bulan kebelakangan ini berbanding ketika bercinta dengan Tyga.

"Kehidupan saya membosankan sebelum ini dan hanya duduk di rumah sahaja," katanya.

Kylie dan Tyga bercinta sejak tiga tahun lalu dan mengumumkan perpisahannya pada April lalu.

Tambah Kylie, dia kini berasa bebas dan kembali menjadi dirinya dan enggan lagi mensia-siakan masa mudanya.

"Sekarang saya dapat menjadi diri sendiri dan sangat gembira dengan kehidupan sekarang," katanya yang kini bercinta dengan Travis Scott.

Tyga, Kylie Jenner

Artikel Lain