suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiffany Hampir Hilang Gigi Kerana Sooyoung

Tiffany dan Sooyoung mempunyai hubungan rapat sebagai rakan baik.

PENYANYI Tiffany mendedahkan rakan baiknya iaitu Sooyoung telah menjadi penyebab dia hampir kehilangan sebatang gigi!

Jelas Tiffany ketika kejadian dia cuba mengenakan Sooyoung dengan bermain cabaran menggigit buah beri namun tidak menyangka giginya pula patah.

"Saya hendak kenakan Sooyoung tetapi sebaliknya gigi saya yang patah kerana buah beri yang saya gigit itu keras," katanya ketika muncul dalam program JTBC Knowing Brothers.

Tiffany memberitahu dia bernasib baik gigi itu dapat diselamatkan dan hanya perlu ditampal untuk membaiki kerosakan.

Bagaimanapun kata Tiffany dia tidak pernah menyalahkan Sooyoung mengenai kejadian itu sebaliknya menganggap ia sesuatu yang lucu.

Tiffany, Sooyoung

Artikel Lain