suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selesai Latihan Tentera, Siwon Sertai Misi Kemanusiaan

Siwon baharu sahaja selesai menjalani latihan ketenteraan pada 18 Ogos lalu.

BAHARU sahaja selesai menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun pada 18 Ogos lalu, penyanyi Siwon tidak segera kembali meneruskan karier seninya.

Sebaliknya anggota kumpulan Super Junior itu akan menyertai misi kemanusiaan di beberapa kawasan di Vietnam bersama UNICEF.

Siwon akan menyertai misi itu bagi membantu kanak-kanak tidak bernasib baik di negara itu dan akan berada di Vietnam bermula 21 hingga 25 Ogos ini.

Ini bukan kali pertama Siwon terlibat dalam aktiviti kebajikan dianjurkan UNICEF malah penyanyi itu aktif bersama pertubuhan itu sejak tujuh tahun lalu.

Dia juga turut menjadi wajah kepada kempen Smile For You anjuran UNICEF.

Pada misi itu nanti, Siwon akan melawat beberapa tempat termasuk pusat seni, tadika, sekolah ketenteraan dan hospital.

Siwon menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada golongan lelaki di Korea Selatan selama dua tahun bermula 2015. - Allkpop

Siwon, Super Junior

Artikel Lain