suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Sung Kyung, Nam Joo Hyuk Bukan Lagi Kekasih

Lee Sung Kyung dan Nam Joo Hyuk dikatakan pasangan kekasih yang paling hangat di Korea.

MENERUSI laporan Soompi.com pada Jumaat, hubungan cinta pelakon Lee Sung Kyung dan Nam Joo Hyuk sudah berakhir. 

Menurut wakil industri, pasangan ini berpisah disebabkan kesibukan jadual dan mereka akan sentiasa menyokong karier masing-masing. 

Agensi pengurusan pelakon tersebut, YG Entertainment telah mengesahkan laporan itu dan merahsiakan punca sebenar perpisahan. 

"Kami dah bertanya kepada Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung dan perkara tersebut memang betul mereka dah berpisah," kata wakil agensi. 

Lee Sung Kyung dan Nam Joo Hyuk mula menjalinkan hubungan semenjak bergandingan menerusi drama Weightlifthing Fairy Kim Bok Joo

Pasangan ini telah mengesahkan hubungan cinta mereka pada 24 April lalu.

Lee Sung Kyung, Nam Joo Hyuk

Artikel Lain