suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nam Tae Hyun Tawar Habuan Cari Kucing Hilang

Tae Hyun menawarkan sejumlah wang yang banyak sebagai habuan kepada sesiapa yang menemui kucingnya, Bali.

DALAM ramai artis Korea, Nam Tae Hyun diketahui merupakan salah seorang yang sangat mencintai kucing.

Bahkan, bekas anggota Winner (II) ini kerap dilihat berkongsi foto mesra bersama kucing kesayangannya di laman sosial.

Namun baru-baru ini Tae Hyun berhadapan satu situasi cemas dan mengejutkan penggemar dengan posting terbarunya.

Menerusi akaunnya @souththth, Tae Hyun mengumumkan bahawa kucingnya hilang!

Poster kehilangan Bali, si kelabu kesayangan Tae Hyun mula luas tersebar di laman sosial.

Sambil memuatnaik poster gambar kucing yang diberi nama Bali itu, Tae Hyun meminta bantuan peminatnya untuk sama-sama mencari 'sahabat' kesayangannya itu.

Tambah ahli band South Club ini lagi, kucing jantan dari ras Russian Blue itu sememangnya takut dengan orang asing.

Lebih mengejutkan, Tae Hyun menawarkan sejumlah wang yang banyak (RM4,167) sebagai habuan kepada mereka yang menemui Bali.

Pastinya, posting Tae Hyun tersebut menerimas komen maklumabalas hangat peminat-peminatnya.

Semoga Bali berjaya ditemui dengan selamat.

Nam Tae Hyun

Artikel Sebelum

Artikel Lain