suria

Kongsi Foto Bogel, Instagram Rob Kardashian Disekat

Rob Kardashian dan bekas kekasihnya Blac Chyna.

KERANA terlalu sakit hati, Rob Kardashian bertindak mengaibkan kekasihnya, Blac Chyna di Instagram miliknya.

Tidak sekedar memuatnaik foto bogel, adik kepada Kim Kardashian itu juga mengaku dia telah diperbodohkan oleh Blac Chyna yang berlaku curang selama mereka berhubungan.

Antara yang dimuatnaik Rob ialah video ciuman di antara Blac bersama seorang lelaki yang mengguna-pakai akaun @ferraritru3.

Bagaimanapun, itu semua belum mampu membuatkan Rob berasa lega dan puas hati.

Dia terus bertindak menyebarkan berita mengatakan Blac seorang yang suka berganti-ganti pasangan.

"Dia pernah tidur dengan lapan lelaki berbeza dalam sebulan dan ini sangat liar!" ujar lelaki berusia 30 tahun ini kecewa.

Tambah Rob, dia mula berasa bimbang kerana pernah berhubungan ranjang bersama Blac.

"Sekarang aku benar-benar takut. Dia pernah bercinta dengan orang lain sewaktu masih bersamaku selama tiga hari dan orang itu ialah @ferraritru3.

"Malah di satu ketika, ketika puteriku dan puteranya ada bersama-sama di rumahku, dia tanpa rasa bersalah berada di kamarku sebelum ajak bermesra.

"Wanita ini benar-benar gila!" tegasnya yang nekad akan membuat pemeriksaan kesihatan dalam tempoh terdekat.

Kata Rob lagi, apa yang diharapkan, dirinya tidak dijangkiti penyakit berjangkit  apatah lagi saat mengetahui wanita itu pernah meniduri lapan orang lelaki dalam waktu sebulan. Ya Tuhan, ini sungguh liar!

Terbaru, akaun Instagram adik Kim Kardashian ini kini telah disekat gara-gara berkongsi foto-foto bogel bekas kekasihnya itu.

Hal ini kerana ia jelas menyalahi peraturan laman sosial Instagram dan ia diberitahu sendiri oleh Rob menerusi laman Twitter.

"Instagram telah menyekat akaun saya dan semua menulis komen di laman Twitter," ujarnya.

Biarpun, foto-foto berkenaan sudah dipadam oleh Rob, namun pihak Instagram mengambil tindakan berikutan laporan netizen terhadap foto berbaur pornografi.

Rob kemudian mencurahkan kemarahannya di laman Twitter.

Rob Kardashian

Artikel Lain