Lagi Kes Artis Korea Bunuh Diri - Bintang Global | mStar

Lagi Kes Artis Korea Bunuh Diri

Cho Geum San ditemui tidak sedarkan diri di dalam keretanya pada 5 Julai lalu.

INDUSTRI hiburan di Korea Selatan yang sering dilihat penuh dengan gemerlapan namun beberapa kejadian tragis juga berada disebaliknya.

Terbaharu, Cho Geum San yang merupakan salah seorang artis senior di negara itu ditemukan tidak bernyawa oleh seorang gelandangan pada 5 Julai lalu dalam sebuah kereta di Pulau Daebu.

Seperti dilaporkan Soompi, gelandangan itu pada awalnya berasa aneh apabila melihat sesuatu yang tidak kena pada kereta dipercayai milik Geum San.

Saat melihat ke dalam kereta yang di parkir itu, Geum San sudah tidak bernyawa sebelum dia melaporkan kepada pihak polis.

Cho Geum San di zaman kegemilangannya.

Bagaimanapun tidak ditemui sebarang nota bunuh diri ditempat kejadian malah terdapat kesan kebakaran pada kenderaannya.

Spekulasi mula timbul berhubung penemuan mayat Geum San dan ada mengatakan dia membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan ekonomi yang semakin buruk tambahan pula namanya dalam industri semakin dilupakan.

Untuk rekod, kes membunuh diri di Korea Selatan bukan sesuatu yang asing dan sering berlaku kes seumpama itu.

Kebanyakkan kes seperti itu dilaporkan berpunca daripada tekanan melampau akibat persaingan hidup dan ekonomi tidak menentu.

Mereka percaya setelah meninggal dunia roh mereka akan dibawa ke tempat lebih baik atau dilahirkan semula dengan kehidupan berbeza.

Cho Geum San

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.