suria

Brad Pitt Terus Dikaitkan Dengan Sienna Miller

Brad Pitt dan Sienna Miller dikaitkan mempunyai hubungan cinta.

DUNIA pelakon Brad Pitt mula berubah apabila Angelina Jolie secara mengejut memfailkan perceraian terhadapnya pada September tahun lalu.

Bagaimanapun figura terkenal seperti Brad sering dikaitkan dengan ramai wanita termasuk aktres kelahiran British, Sienna Miller.

Sebelum ini mereka pernah dikaitkan mempunyai hubungan namun gosip itu lenyap begitu sahaja.

Terbaharu pasangan itu dikatakan sering menghabiskan masa bersama dan pernah dilihat hadir menghadiri Festival Glastonbury pada bulan lalu.

Sumber terdekat memberitahu Daily Mail, Brad, 53 dan Sienna, 35, ingin merahsiakan hubungan itu dan enggan membuka mulut mengenainya walaupun ramai dapat menghidu perkara itu.

Usaha mendapatkan komen Brad berhubung perkara itu juga tidak berjaya.

Perkahwinan Brad dan Angelina mereka mempunyai enam cahaya mata iaitu Maddox, 15, Pax, 13, Zahara, 12, Shiloh, 11 dan pasangan kembar Knox dan Vivienne, 8 tahun.

Perceraian pasangan itu masih lagi dalam proses.

Sienna Miller, Brad Pitt

Artikel Sebelum

Artikel Lain