suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Henry Lau Bukan Lelaki Gay

Henry belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita.

PENYANYI Henry Lau menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia adalah seorang lelaki homoseksual hanya kerana dia tidak mempunyai teman wanita.

Henry, 28, memberitahu hampir sembilan tahun dia menjalani kehidupan solo selepas berpisah dengan bekas teman wanitanya.

"Saya pernah bercinta dengan seorang wanita selama tujuh tahun tetapi hubungan itu berakhir dengan perpisahan.

"Sejak itu saya tidak lagi terbuka hati untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita.

"Saya pernah baca komen mengatakan saya seorang gay tetapi saya bukan lelaki seperti anda sangkakan," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Dalam pada itu, Henry tidak menafikan tanggapan itu membuatkan ada wanita takut untuk mendekatinya kerana menyangka dia sukakan lelaki.

"Memang ada segelintir wanita yang fikir saya hanya berminat terhadap lelaki sehingga menyebabkan mereka takut hendak dekati saya," jelasnya.

Bercakap mengenai karier seninya, Henry kini sibuk mempromosikan single terbaharunya, I'm Good.

Ia merupakan kesinambungan daripada lagu Girlfriend yang mengisahkan tentang pengalaman cintanya sebelum ini.

Henry Lau

Artikel Lain