suria

Sojin, Eddy Kim Dilamun Cinta

Sojin dan Eddy Kim mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta.

SELEPAS menyangkal mempunyai hubungan dengan Eddy Kim, syarikat pengurusan penyanyi Sojin mengesahkan mereka berdua adalah pasangan kekasih.

Menerusi kenyataan daripada syarikat tersebut, DreamT Entertainment, ahli kumpulan Girls Day itu mengakui sedang dilamun cinta dan mereka sudah pun meluahkan perasaan masing-masing.

Agensi itu dalam kenyataan sama turut memohon maaf atas penafian dilakukan Sojin mengenai hubungan itu sebelum ini.

"Kami minta maaf kerana tidak memberikan maklumat sebenar dan laporan yang mengatakan mereka nafi bercinta sebelum ini adalah untuk melindungi di antara satu sama lain.

"Kami sekadar mengambil langkah berjaga-jaga walaubagaimanapun selepas berbincang mereka membuat keputusan untuk memberitahu kepada umum tentang percintaan itu," ujar kenyataan itu lagi seperti dilaporkan Soompi.

Sojin dalam satu kenyataan pula berharap peminat boleh menerima baik pengakuannya itu dan akan terus menyokong mereka berdua selepas ini.

Sojin, Eddy Kim, Girls Day

Artikel Lain