suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Koleksi Fotografi Brooklyn Beckham Dikritik

Brooklyn mengharapkan hasil kerja seninya diiktiraf, namun apa yang diterima adalah sebaliknya.

BERGELAR anak kepada personaliti popular tidak semestinya menjamin apa yang dilakukan itu terus-menerus mendapat pujian.

Buktinya, ia berlaku kepada anak sulung kepada pasangan Victoria dan David Beckham, siapa lagi kalau bukan Brooklyn Joseph Beckham.

Umum tahu pemuda berusia 18 tahun ini baru sahaja melancarkan buku fotografinya berjudul What I See, namun tak semua pihak menyambut baik hasil kerja seninya itu.

Sebahagian warga di laman sosial menyifatkan apa yang dihasilkan Brooklyn tidak mempunyai sense sebagai seorang jurugambar membuatkan dirinya terus dikritik.

Brooklyn bersama buku fotografinya, What I See.

"Di mana nilai seni pada setiap gambar yang dihasilkan?" tulis seorang netizen di laman twitter.

Tidak terhenti di situ, Brooklyn turut disindir Alice Jones, Editor bahagian seni The Indipendent yang menyifatkan karya fotografi Brooklyn menerusi buku tersebut adalah seteruk tulisannya.

"Menerusi beberapa helaian buku tersebut, terdapat foto seekor gajah dengan keterangan foto: "Seekor gajah di Kenya. Sangat sulit dipotret tapi luar biasa untuk dilihat." Apa yang nak disampaikannya?" soal Alice.

Sekeping lagi gambar dari sebuah acara makan malam bertulis, "Makan malam. Aku suka gambar ini - Ianya tidak fokus tetapi anda masih boleh tahu apa yang sedang terjadi,"  tulis Brooklyn dalam keterangan foto tersebut.

Brooklyn Beckham

Artikel Lain