suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3,000 Peminat DIA Sertai Acara "Peluk Percuma"

PELBAGAI cara dilakukan syarikat pengurusan artis untuk memberi peluang peminat menemui selebriti kesayangan mereka.

Terbaharu lebih 3,000 peminat kumpulan DIA berkumpul di Daegu bagi mengambil bahagian dalam acara "pelukan percuma".

Menurut MBK Entertainment, acara itu berlangsung selama 40 minit dan peminat dibenarkan berinteraksi dengan ahli DIA, berswafoto serta berjabat tangan.

Walaupun jumlah yang hadir adalah ramai, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku pada majlis itu.

Para peminat dilihat berhati-hati dan menghormati peraturan yang ditetapkan oleh kakitangan DIA.

Selepas acara berkenaan, DIA berpindah lokasi untuk menyertai satu lagi acara bertemu peminat.

DIA, Kpop

Artikel Lain