suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelas Minuman Justin Bieber Dijual Di eBay

GELAS minuman penyanyi terkenal Justin Bieber dijual di laman jual beli dalam talian iaitu eBay selepas penyanyi itu singgah di sebuah pub hotel berkenaan untuk minum segelas susu.

Seperti dipetik The Lad, Bieber ketika itu berada di Hotel Kings Oak dan memesan segelas susu sebelum memulakan perjalanannya.

Kakitangan hotel berkenaan tidak membasuh gelas yang digunakan Bieber lalu menjualnya di eBay dengan harga kira-kira RM200.

Penolong pengurus hotel, Amy Potter turut terkejut apabila selebriti tersebut tiba-tiba berehat di pub tersebut selama hampir sejam.

"Saya terkejut apabila melihat Justin masuk dan memesan segelas susu.

"Saya menghampirinya dan kami berbual panjang tentang hoki dan cerita seram di pub ini," ujarnya.

Justin Bieber

Artikel Lain