suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Madonna Hilang Hak Penjagaan Anak Lelaki

Madonna terpaksa menerima hakikat apabila hak penjagaan anak lelakinya, Rocco diberikan sepenuhnya kepada bekas suaminya, Guy Ritchie.

PENYANYI pop terkenal Madonna dilaporkan hilang hak penjagaan anak lelakinya, Rocco kepada bekas suaminya, penerbit filem Guy Ritchie.

Daily Mail melaporkan kes yang difailkan pasangan itu masing-masing di Amerika Syarikat dan Britian memihak kepada lelaki itu dan mahkamah memerintahkan hak penjagaan penuh remaja berusia 16 tahun itu diberikan kepada Guy.

Bukan itu sahaja, Madonna, 58, terpaksa menerima hakikat bahawa anaknya itu akan menetap dengan Guy, 48, di London.

Sebelum ini pasangan berkenaan 'berperang' bagi mendapatkan hak penjagaan Rocco dan Madonna berkeras mahu anak lelakinya itu tinggal bersamanya di Amerika.

Pasangan itu berkahwin pada 2000 dan bercerai lapan tahun kemudian.

Madonna, Guy Ritchie, Rocco

Artikel Lain