suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tom Hiddleston Sekadar 'Barang Pameran' Buat Taylor Swift

Tom Hiddleston merasakan dirinya hanya sekadar pengawal peribadi bekas teman wanitnya, Taylor Swift sepanjang tiga bulan mereka bercinta.

PELAKON Tom Hiddleston dilaporkan enggan meneruskan hubungannya dengan Taylor Swift kerana merasakan dirinya hanya sebagai barang pamaren buat penyanyi itu.

Radar Online melaporkan Tom tidak mahu lagi diperalatkan Taylor selain menyifatkan dirinya sekadar pengawal peribadi dan bukannya teman lelaki penyanyi itu.

"Tom berasa seperti dirinya diperalatkan oleh Taylor dan hanya sekadar pengawal peribadi penyanyi itu sepanjang mereka bersama.

"Hubungan mereka sekadar sandiwara dan Tom mula berasa muak dengan situasi itu sebelum mengambil keputusan meninggalkannya," kata sumber terdekat pelakon itu.

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu Tom sudah letih terpaksa mengikut semua keinginan Taylor sehingga dia menjadi bahan ketawa oleh peminat.

Terdahulu, pasangan itu mengumumkan perpisahan hanya selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta.

Taylor Swift, Tom Hiddleston

Artikel Berikut

Artikel Lain