suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat Pengurusan Perjelas Gosip Cinta Jun Jin

Jun Jin masih belum mempunyai teman wanita.

SYARIKAT pengurusan Jun Jin bertindak mengeluarkan kenyataan di laman web rasmi mereka bagi menjelaskan kedudukan sebenar hubungan di antara aktor itu dengan penyanyi Shin Hye Sung.

Soompi melaporkan, penjelasan itu dibuat selepas pelbagai berita tidak benar tersebar tentang pelakon itu sehingga ia mula menjejaskan kariernya.

"Ingin kami jelaskan di sini bahawa Jun Jin tidak mempunyai teman wanita dan dakwaan mengatakan dia mempunyai hubungan dengan Hye Sung adalah tidak berasas sama sekali.

"Laporan yang mengatakan Jun Jin mempunyai teman wanita termasuk mengaitkannya dengan Hye Sung sama sekali tidak benar," kata wakil syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kehadiran Jun Jin ke konsert Hye Sung, wakil syarikat itu menjelaskan aktor berkenaan menghadiri persembahan itu ditemani oleh pengurus syarikat.

Kehadiran lelaki berkenaan ke konsert berkenaan tidak sepatutnya menjadi perkara besar kerana mereka berdua memang tidak mempunyai sebarang hubungan.

Jun Jin, Shin Hye Sung

Artikel Lain