suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kris Fail Saman Terhadap Dua Peminat Mengaku Teman Wanitanya

Kris memfailkan saman terhadap dua wanita yang mendakwa diri mereka sebagai kekasihnya.
BEKAS anggota kumpulan EXO iaitu Kris memfailkan saman fitnah terhadap dua wanita yang mengaku sebagai kekasihnya pada 22 Jun lalu.

Soompi melaporkan Kris turut meminta ganti rugi yang dianggarkan bernilai RM100,000 daripada tertuduh yang telah menyebabkan namanya tercalar.

Terdahulu, dua wanita berkenaan dalam kejadian berasingan memuat naik gambar bersama Kris di laman sosial mereka mendakwa ia bukti lelaki berkenaan adalah teman lelaki mereka.

Malah salah seorang daripada mereka mendakwa mempunyai rakaman perbualan dengan Kris sebagai bukti hubungan cinta yang terjalin.

Kris menyangkal dakwaan kedua-dua wanita berkenaan dan menyifatkan tuduhan itu sengaja diada-adakan bagi menimbulkan salah faham.
Kris, EXO

Artikel Lain