suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Calvin Harris Dakwa Taylor Swift Kawal Media Tentang Berita Perpisahan

Calvin mendakwa bekas teman wanitanya, Taylor Swift mengawal media berhubung kisah perpisahan mereka baru-baru ini.

DJ dan komposer terkenal Calvin Harris mendakwa bekas teman wanitanya, Taylor Swift telah mengawal media berhubung berita perpisahan mereka baru-baru ini.

Calvin, 32, yang menjawab soalan peminat menerusi Instagram berkata, Taylor berjaya memanipulasi keadaan malah banyak perkara yang berlaku langsung tidak diketahuinya.

"Saya tidak tahu apa sedang berlaku kerana ia berbeza dan lebih teruk daripada prespektif saya.

"Dia berjaya mengawal media dan melakukannya dengan baik," katanya.

Calvin bagaimanapun telah memadam jawapan tersebut yang dibuat kepada peminat, lapor Mirror.

Dalam pada itu, Calvin menjelaskan dia langsung tidak berasa cemburu apabila Taylor kini dikatakan bercinta dengan aktor Tom Hiddleston seminggu selepas mereka berpisah.

Kata Calvin, dia cuma berasa terkesan dengan sikap Taylor yang senang melupakan apa yang berlaku di antara mereka sebelum ini dan kini mempunyai kekasih baharu.

"Tidak saya tidak cemburu," katanya ringkas.

Taylor, 26, baru-baru ini dilihat bercium sambil memegang tangan Tom ketika bersiar-siar di Watch Hill, Rhode Island seminggu selepas mengumumkan berpisah dengan Calvin.

Calvin Harris, Taylor Swift

Artikel Lain