suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Song Joong Ki Harap Dapat Bergandingan Semula Dengan Song Hye Kyo

AKTOR drama Descendants of the Sun, Song Joong Ki mengakui selesa dan berharap dapat berlakon semula bersama gandingannya dalam drama tersebut iaitu Song Hye Kyo.

Joong Ki meluahkan perasaan itu ketika bertemu peminatnya di Taipei, Taiwan, Sabtu lalu.

Katanya, dia dapat mencapai keserasian ketika berlakon dengan artres Full House itu.

"Jika Song Hye Kyo setuju untuk kami bergandingan bersama dalam drama lain, saya sangat gembira sekali.

"Malah, peminat-peminat saya tentu gembira untuk melihat kami bersama lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, program jelajah bertemu peminat sudah pun tamat, Joong Ki bakal memulakan penggambaran untuk filem berjudul Battleship Island.

Dia bakal bekerjasama dengan beberapa pelakon lain seperti Hwang Jung-min, So Ji-sub and Lee Jung-hyun.

Song Joong Ki, Song Hye Kyo

Artikel Lain