Megan Fox & Brian Austin Green Batal Niat Cerai - Bintang Global | mStar

Megan Fox & Brian Austin Green Batal Niat Cerai

PASANGAN Megan Fox dan Drian Austin Green dilaporkan sudah memutuskan untuk membatalkan perancangan berpisah.

Berita yang disampaikan oleh bapa wanita itu, Franklin Thomas Fox menerusi Mail Online bahawa pasangan itu berjanji untuk memperbaiki rumah tangga mereka.

"Saya hanya boleh beritahu mereka kini benar-benar bahagia, saya sering bertemu Brian dan dia seorang yang sangat baik.

"Megan pula kini hamil anak ketiga dan saya tidak sabar untuk menimang cucu baru tidak lama lagi," ujarnya.

Berita perceraian pasangan itu tersebar beberapa bulan lalu, namun akhirnya Megan muncul di khalayak dengan kandungan yang sedang membesar.

Pasangan ini kemudian dilihat sering bercuti seperti pasangan kekasih.

Megan Fox

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti