Lee Jung Jae Minta Babak Tambahan Dengan Liam Neeson - Bintang Global | mStar

Lee Jung Jae Minta Babak Tambahan Dengan Liam Neeson

FILEM Operation Chromite merupakan salah satu filem Korea yang ditunggu-tunggu kerana menampilkan aktor Hollywood iaitu Liam Neeson.

Salah seorang pelakon iaitu Lee Jung Jae mengakui telah meminta pengarah menambah adegan aksi antara dia dengan Liam dalam filem berkenaan.

"Sebenarnya saya tidak ada babak bersama Liam Neeson, tapi saya berusaha keras agar berpeluang untuk berlakon dengannya terutama babak aksi.

"Pengarah akhirnya bersetuju mengadakan babak tambahan dan kami terpaksa menjalani penggambaran selama 24 jam untuk babak itu," ujarnya.

Filem berkenaan berkisarkan filem sejarah peperangan besar di Incheon, Korea Selatan pada 15 Disember 1950.

Lee Jung Jae membawakan watak Leftenan Korea Selatan bernama Jang Jak Soo manakala Liam membawakan watak Jeneral Douglas Mac Arthur, angkatan tentera Amerika Syarikat. 

Lee Jung Jae

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain