suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paparazi Rakam Aksi Mesra Taylor Swift & Tom Hiddlestone

Taylor dilaporkan sudah menemui cinta baharu dengan aktor Tom Hiddleston.

BAHARU sahaja putus cinta dengan Calvin Harris, penyanyi yang sering dikaitkan dengan berita sensasi iaitu Taylor Swift dilaporkan sedang menjalinkan hubungan intim dengan aktor Tom Hiddleston.

Daily Mail melaporkan pasangan itu dilihat menghabiskan masa di Rhode Island pada Selasa lalu dan kelihatan cukup mesra bersama.

Malah paparazi berjaya merakamkan gambar mereka sedang bercium dan menguatkan lagi perkhabaran pasangan itu sedang bercinta.

Foto Taylor dan Tom yang berjaya dirakam paparazi baru-baru ini.

Pasangan itu kelihatan seperti tidak dapat dipisahkan sehingga tidak menghiraukan orang sekeliling yang memerhatikan aksi mereka berdua.

"Mereka dilihat cukup mesra dan bermesra tanpa menghiraukan orang sekeliling yang sedang memerhatikan mereka.

"Melihat kepada kemesraan itu nyata Taylor sudah menemui pengganti Calvin walaupun baharu sahaja putus cinta," ujar sumber.

Taylor mahupun Tom bagaimanapun masih mengunci mulut tentang hubungan tersebut.

Taylor Swift, Tom Hiddleston

Artikel Lain