suria

Dakwaan Serangan Seksual Terhadap Park Yoo Chun Digugurkan

Park Yoo Chun terlepas daripada tuduhan melakukan serangan seksual selepas wanita yang mendakwa laporan itu menarik balik dakwaannya.
PELAKON dan penyanyi Park Yoo Chun terlepas daripada tuduhan melakukan serangan seksual selepas dakwaan terhadapnya digugurkan.

Soompi melaporkan penguguran kes itu dibuat selepas seorang wanita dikenali sebagai Ms. Lee menarik balik tuduhan tersebut dan menjelaskan hubungan seksual yang berlaku adalah atas kerelaannya sendiri.

Teman lelaki kepada wanita berkenaan yang bercakap kepada media memberitahu mereka telah membatalkan dakwaan terhadap Yoo Chun di balai polis Gangnam pada Rabu.

"Kejadian itu berlaku ketika Ms. Lee dalam keadaan mabuk dan apabila saya dengar kejadian yang berlaku saya berasa marah dan memintanya membuat laporan polis.

"Bagaimanapun saya tidak mengetahui situasi sebenar dan apabila mendapat tahu saya minta teman wanita untuk menarik balik laporan tersebut," katanya.

Syarikat pengurusan Yoo Chun dalam kenyataan memberitahu pihaknya tidak pernah menerima sebarang notis berhubung pendakwaan atau pun penarikan balik tuduhan dibuat terhadap pelakon itu.

Bagaimanapun, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan kerana cuba menjatuhkan reputasi Yoo Chun.

Park Yoo Chun

Artikel Lain