suria

Leeteuk Beri Bayangan Super Junior Bakal Kembali Bergabung

Leeteuk memberi bayangan kumpulan Super Junior akan kembali dengan album terbaharu pada tahuh hadapan.

PENYANYI Leeteuk memberi bayangan kumpulannya Super Junior bakal kembali bergabung untuk menghasilkan album terbaru mereka.

Leeteuk dalam satu status menerusi Instagram miliknya bagaimanapun memberitahu projek terbaharu mereka mungkin hanya akan berlaku pada tahun hadapan.

Ini kerana beberapa ahli lain kumpulan itu sedang sibuk dengan pelbagai aktiviti lain.

Super Junior pada tahun lalu mengumumkan berehat seketika bari memberi tumpuan kepada karier solo masing-masing.

Bagaimanapun mereka sempat melancarkan dua buah single iaitu Devil dan Magic sebelum berehat. - Allkpop

Leeteuk, Super Junior

Artikel Lain