suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi Lovato, Wilmer Valderrama Umum Perpisahan Menerusi Instagram

Demi dan Wilmer mengumumkan perpisahan mereka selepas enam tahun bercinta.

PENYANYI Demi Lovato dan pelakon Wilmer Valderrama mengumumkan perpisahan mereka menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasangan itu baru-baru ini.

People melaporkan menerusi kenyataan tersebut mereka memberitahu bersetuju untuk berpisah selepas melalui enam tahun yang disifatkan sebagai menakjubkan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan pasangan berkenaan menerusi akaun Instagram masing-masing.

Mereka turut menyatakan perpisahan itu adalah sesuatu yang sukar untuk mereka berdua dan lebih sesuai sebagai rakan baik.

"Kami sentiasa menyokong antara satu sama lain dan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan," tulis mereka.

Kali terakhir pasangan itu dilihat bersama ketika menghadiri Anugerah Billboard pada 22 Mei lalu.


Demi Lovato, Wilmer Valderrama

Artikel Lain