suria

Tyga Kini Mesra Dengan Model Pakaian Dalam

BAHARU dilaporkan putus dengan Kylie Jenner, penyanyi rap Tyga kini dikhabar sedang rapat dengan model pakaian dalam iaitu Demi Rose Mawby.

Penyanyi itu secara terang-terangan memuat naik gambar mesra mereka dalan aplikasi Snapchat.

Seperti dipetik E Online, pasangan ini mengambil gambar ketika bercuti di Nikki Beach.

Demi merupakan model berusia 21 tahun yang juga bekas ahli kumpulan Miami's Taz Angels dan mempunyai jutaan pengikut di Instagram.

Dia juga sering menghiasi majalah-majalah utama seperti FHM dan M! Magazine.

Tyga

Artikel Lain