suria

Jia (Miss A) Putuskan Tidak Sambung Kontrak

PIHAK pengurusan Miss A iaitu JYP Entertainment mengumumkan bahawa salah seorang ahli kumpulan itu, Jia mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak yang tamat pada Jumaat.

Ia bermakna, penyanyi wanita itu sekaligus terkeluar daripada kumpulan tersebut.

JYP Entertainment memberitahu kontrak seorang lagi ahli kumpulan itu, Fei turut berakhir pada tarikh yang sama, namun memilih untuk terus kekal di syarikat tersebut.

"Kami tetap menyokong Jia kerana dia bersama syarikat ini dalam tempoh waktu yang lama. Kami berharap masa depannya jauh lebih bersinar.

"Manakala Fei sudah memperbaharui kontrak bersama kami dan kami merancang meneruskan aktiviti seninya di Korea dan China.

"Pada ketika ini Miss A akan fokus kepada aktiviti individu terlebih dahulu," ujarnya.

Sementara itu, kontrak dua lagi ahli Miss A iaitu Min dan Suzy berakhir tahun depan.

Jia Miss A

Artikel Lain