suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leonardo DiCaprio Berfoya Dengan Model Victoria Secret

Leonardo DiCaprio dilihat menghabiskan masa bersama model Vicoria Secret iaitu Georgia Fowler di sebuah kelab di Cannes baru-baru ini.

PELAKON Leonardo DiCaprio yang terkenal dengan sikap gemar berfoya-foya dilihat menghabiskan masa bersama model Victoria Secret, Georgia Fowler di sebuah kelab di Cannes baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan Leonardo yang memakai topi dilihat mesra sambil menari dengan Georgia yang juga bekas teman wanita penyanyi Harry Styles.

"Sesekali Leonardo dilihat memegang wajah Georgia sambil berbisik sesuatu kepadanya dan lagak mereka cukup mesra.

"Walaupun dia memakai topi untuk menutup wajahnya namun orang ramai masih mengenalinya," kata sumber.

Leonardo dan Georgia dilihat mesra ketika berkunjung ke sebuah kelab baru-baru ini.

Leonardo turut berkungjung ke kelab berkenaan bersama teman-temannya.

Minggu lalu, pelakon filem The Revenant itu dilihat menghabiskan masa bersama model Ela Kawalec yang dikaitkan sebagai teman wanitanya.

Malah baru-baru ini Leonardo menghadiri sebuah konsert bersama penyanyi Rihanna dan mereka kelihatan cukup mesra bersama.

Leonardo DiCaprio

Artikel Lain