suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jualan Tiket Lembab, BTOB Tidak Layak Adakan Konsert Besar

KUMPULAN BTOB dikatakan kurang popular dan masih tidak layak membuat konsert berskala besar apabila masih banyak lagi tiket yang tidak terjual pada konsert yang akan berlangsung di Seoul Park 26 dan 27 Mac ini.

Konsert Born Ti Beat Time yang menyasarkan seramai 14 ribu penonton selama dua hari dilaporkan tidak mendapat sambutan.

Antara faktor menjadi punca penjualan tiket lembab adalah disebabkan kumpulan ini baharu sahaja melakukan konsert pada Disember tahun lalu.

Selain itu, album Dear Bride yang dilancarkan pada Februari lalu bersama beberapa barangan membuatkan peminat-peminatnya kekurangan bajet untuk menyaksikan persembahan yang bakal diadakan itu.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang berpendapat populariti kumpulan itu hanya sesuai mengadakan konsert berskala lebih kecil.

"Keluarga saya tidak kaya untuk membeli semua produk yang dikeluarkan oleh BTOB dalam masa yang singkat ini," ujar seorang peminat.

"Pada saya masalahnya bukan kerana peminat sudah tidak ada duit tetapi BTOB yang tidak ada ramai peminat," ujar netizen lain.
BTOB

Artikel Lain