suria

Ahmad Dhani Sudah Sediakan Nama Anak Lelaki

KOMPOSER Ahmad Dhani memberitahu dia sudah memilih nama anaknya yang bakal dilahirkan isterinya, Mulan Jameela pada Mei depan.

Kata Ahmad Dhani, dia memilih nama Muhammad Ali Syailendra selepas mengetahui Mulan hamil anak lelaki.

"Saya sudah ada nama iaitu Muhammad Ali Syailendra supaya saya boleh panggil Al nanti. Jadi saya ada Al besar dan Al kecil," ujarnya.

Dhani yang turut mempunyai cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu bersama Maia Estianty iaitu Muhammad Ali, 19, berkata, dia semakin jarang bertemu anak sulungnya itu.

"Saya masih rindu Al yang kecil, sekarang dia sudah besar dan jarang bertemu dengan saya," ujar Dhani.

Tambah Dhani, isterinya turut bersetuju dengan nama tersebut.

Dhani mempunyai tiga cahaya mata pada perkahwinan pertama bersama penyanyi Maia Estianty iaitu Ahmad Al Gazali, El Jalaluddin Rumi dan Ahmad Abdul Qodir Jaelani.

Manakala perkahwinan kedua bersama Mulan Jameela, dia dikurniakan cahaya mata perempuan Safeea.
Ahmad Dhani

Artikel Lain