suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Miley Cyrus & Liam Hemsworth Goyah Lagi

HUBUNGAN percintaan antara penyanyi Miley Cyrus dan kekasihnya Liam Hemsworth dilaporkan semakin goyah kerana mereka kerap bergaduh.

Sumber memberitahu disebabkan masalah itu mereka cuba mengelakkan daripada tampil dalam acara-acara hiburan.

"Ini bukan hubungan yang sempurna tapi mereka tetap mencuba untuk menjaga hubungan ini," ujar sumber.

Bagaimanapun, sumber memberitahu kedua-duanya masih menjaga hubungan tersebut agar tidak berlaku perpisahan sekali lagi.

"Mereka kerap bertengkar, tapi mereka berusaha menjaga hubungan itu dengan lebih hati-hati," ujarnya.

Miley dan Liam putus tunang pada tahun 2013, namun mereka kembali semula menjalinkan hubungan cinta selepas menyedari kesilapan masing-masing.
Miley Cyrus

Artikel Lain