suria

Russell Crowe Hilang 23 Kilogram Demi Projek Filem

Russell Crowe giat menguruskan badannya demi filem terbaharu lakonannya.
PELAKON terkenal Hollywood iaitu Russell Crowe berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 23 kilogram demi projek filem terbaharunya.

Berat badan Russell sebelum ini naik mendadak sehingga 122 kilogram bagi menjayakan wataknya menerusi filem The Nice Guys.

"Ogos tahun lalu saya naikkan berat badan demi The Nice Guys dan kini terpaksa menurunkan kembali agar sesuai dengan peranan dalam filem seterusnya," kata dia.

The Nice Guys arahan Shane Black bakal menemui penonton pada Mei depan dan Russell memegang watak sebagai Jackson Healy.

Bagaimanapun Russell tidak mendedahkan judul filem baharu yang memperlihatkan susuk tubuhnya lebih kurus berbanding sebelum ini.

Ini bukan kali pertama Russell menaikkan dan menurunkan berat badannya kerana sebelum ini dia pernah berbuat demikian menerusi filem Gladiator dan The Insider.
Russell Crowe

Artikel Lain