suria

Kaki Cedera, Kai Tetap Sertai Konsert Jelajah EXO

Kai mengalami kecederaan pada bahagian kaki kirinya ketika menjalani latihan konsert kumpulan EXO.
ANGGOTA EXO iaitu Kai tetap akan menyertai konsert jelajah kumpulan itu meskipun kakinya cedera baru-baru ini.

Soompi melaporkan Kai tidak mahu ketiadaannya akan menyusahkan ahli lain dan akan meneruskan dengan perancangan yang telah dibuat.

Bagaimanapun pihak pengurusan kumpulan itu dalam satu kenyataan memberitahu Kai tidak akan bergerak terlalu aktif dan EXO akan mengubah tarian lebih mudah untuknya.

Terdahulu, Kai mengalami kecederaan pada kaki kirinya ketika sedang menjalani latihan konsert berkenaan.

Dalam pada itu, Kai akan berehat sehingga kecederaannya kembali sembuh sejurus konsert berkenaan selesai pada 20 Mac ini.
Kai, EXO

Artikel Lain