suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor Bantah Watak Dibawa Song Hye Kyo

WATAK doktor wanita yang dilakonkan oleh aktres Song Hye Kyo dalam drama Descendants of the Sun mendapat kritikan daripada golongan doktor.

Beberapa doktor wanita berpendapat karekter yang dibawakan oleh Hye Kyo tidak wujud sama sekali di dunia realiti perkerjaan sebagai pengamal perubatan.

Mereka menganggap tiada seorang doktor yang berada di medan perang mempunyai wajah yang cantik dan kulit yang bersih seperti dalam drama tersebut. 

"Doktor secantik Song Hye Kyo jelas tidak wujud di dunia nyata. Tidak mungkin seorang doktor kelihatan sentiasa bersih dan rapi dalam keadaan kerja yang terlalu sibuk. 

"Drama hanya drama dan Song Hye Kyo hanya Song Hye Kyi," ujar seseorang yang mengakui dirinya doktor.

Mereka juga mengkritik watak yang terlalu berlebihan yang mana Hye Kyo terlalu mengambil berat terhadap semua pesakit sehingga tidak menghiraukan kesihatan sendiri. 

Mereka juga menyifatkan Hye Kyo sebagai doktor paling sempurna jiwa wujud di dunia nyata. 

Artikel Lain