suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jung Woo & Kim Yoo Mi Bakal Berkahwin

Jung Woo dan Kim Yoo Mi.
AKTOR Jung Woo dan Kim Yoo Mi telah mengejutkan ramai pihak apabila mereka membuat pengumuman bakal berkahwin.

Menurut laporan Soompi, Jung Woo mendedahkan perkara itu menerusi akaun Twitter miliknya dengan memuat naik foto yang memaparkan sekeping surat yang ditulisnya.

"Saya bersyukur mempunyai peminat-peminat yang sentiasa menyokong kerjaya saya.

"Tidak ada apa pun, cuma saya ada berita gembira untuk dikongsikan kepada anda semua bahawa saya bakal berkahwin dengan wanita yang saya cintai, Kim Yoo Mi pada 16 Januari di Seoul," katanya.

Tambah  Jung Woo, dia akan mengadakan majlis perkahwinannya itu secara tertutup, seperti yang diinginkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Agensi pengurusan Kim Yoo Mi turut mengesahkan perkahwinan tersebut dan menafikan ia sebuah perancangan secara tergesa-gesa.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan sejak tahun 2012, ketika mereka terlibat dengan penggambaran Red Family.
Jung Woo, Kim Yoo Mi

Artikel Berikut

Artikel Lain