suria

Tablo Tinggalkan Kerjaya DJ, Fokus Nyanyian

Tablo
PENYANYI dan penyampai radio Tablo memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai penyampai radio bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyiannya.

Tablo yang juga ahli kumpulan Epi High itu memberitahu dia tidak dapat memberi komitmen yang baik terhadap kerjaya sebagai penyampai kerana jadual padat dengan persembahan pentas dan jelajah.

"Saya senang menjadi penyampai selama hampir dua tahun ini dan 15 November ini adalah hari terakhir saya bersiaran sebagai penyampai radio. Saya juga minta maaf kerana banyak tidak hadir kerana komitmen yang tinggi terhadap Epik High.

"Saya tidak tahu sama ada akan kembali semula atau tidak sebagai penyampai radio," ujarnya menerusi laman Twitter peribadi.

Sementara itu, peminat dan pendengar meluahkan rasa kecewa dengan keputusan tersebut.
tablo

Artikel Sebelum

Artikel Lain