suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Britney Spears Muncul Album Baharu

Britney Spears
PENYANYI Britney Spears bakal muncul dengan album baharu tidak lama lagi.

Menurut laporan People.com, penyanyi berusia 33 tahun itu mengesahkan sudah menyiapkan album penuh itu pada Selasa lalu.

"Saya sedang bekerja kuat untuk album baru!" katanya.

Minggu lalu, Britney memuat naik status di Twitter mengatakan dia baru sahaja selesai merakamkan sebuah lagu dengan meletakkan hashtag 'B9'.

"Baru sahaja selesai dengan rakaman lagu. Saya sukakannya kerana ia membuatkan saya senyum. Harap-harap lagu ini juga dapat memberi kegembiraan kepada anda semua #B9," ujarnya.

Sehingga kini Britney belum mengulas lanjut mengenai persiapan album baharunya itu.
Britney Spears

Artikel Berikut

Artikel Lain