suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hos MTV Sam Sarpong Meninggal Dunia Terjun Jambatan

Sam meninggal dunia selepas terjun daripada sebuah jambatan di Pasadena, California pada Isnin lalu.

MODEL dan hos saluran MTV iaitu Sam Sarpong meninggal dunia pada Isnin lalu pada usia 40 tahun selepas melompat daripada sebuah jambatan di Pasadena, California pada Isnin lalu.

E! Online melaporkan pihak polis mengesahkan Sam meninggal dunia kerana membunuh diri dan sedang menunggu laporan bedah siasat.

"Pihak kami ingin mengesahkan Sam Sarpong telah meninggal dunia pada Isnin lalu. Bagaimanapun kami tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai kematiannya memandangkan ia sedang disiasat oleh pihak berkuasa.

"Keluarga Sam juga ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan peminat pada saat sukar ini," kata jurucakap Sam dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

Sam sebelum ini terkenal menerusi rancangan MTV Yo Momma selain pernah berlakon dalam beberapa drama bersiri seperti My So-Called Life, Family Matters, Pacific Blue dan Boston Public.

Sam Sarpong

Artikel Lain