suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-Gara Gosip Cinta, IU Tolak Promosi Album Di TV

PENYANYI IU memilih untuk tidak mempromosikan album terbaharunya berjudul Chat-Shire menerusi media televisyen dan majlis-majlis hiburan.

Dia mahu fokus mempromosikan album tersebut bersama peminat-peminatnya tanpa sebarang liputan media bagi mendapatkan pengalaman berbeza.

"IU akan fokus mempromosikan album secara off-air untuk album baru ini. Dia mahu mencari pengalaman lebih baik dengan bertemu sendiri peminat-peminatnya.

"Dia juga tidak mahu terlalu terdedah di televisyen kerana promosi tersebut," ujar pihak pengurusannya.

Bagaimanapun, segelintir pihak membuat spekulasi bahawa keengganannya muncul di program-program muzik dan acara televisyen bagi mengelak gosip hubungannya dengan Jang Ki Ha.

Sementara itu, IU akan membuat persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu baharunya di konsert solonya yang dijadualkan pada 21 November depan.
IU

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain