suria

Lee Joon Gi Berlakon Filem Hollywood

Joon Gi bersama aktres Hollywood Milla Jovovich ketika berada di set penggambaran filem Resident Evil: The Final Chapter.

PELAKON Lee Joon Gi kini sedang menjalani penggambaran filem berjudul Resident Evil: The Final Chapter dan ia bakal menjadi projek pertamanya dengan produksi Hollywood.

Korea Herald melaporkan Joon Gi, 33, kini sedang menjalani penggambaran di Afrika Selatan menurut syarikat pengurusannya.

Bagaimanapun tidak didedahkan peranan yang dilakonakan oleh Joon Gi dalam filem berkenaan.

Terdahulu, aktres Milla Jovovich pada Jumaat lalu memuat naik gambar bersama Joon Gi di Instagram ketika berada di set penggambaran.

Ia mula menimbulkan spekulasi dikalangan peminat sehingga memaksa syarikat pengurusannya mengesahkan pelakon itu terlibat dalam filem terbitan Hollywood.

Resident Evil: The Final Chapter dijangka bakal ditayangkan pada Januari 2017.

Artikel Lain