suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie Larang Brad Pitt Ke Lokasi Penggambaran

SEKALI lagi rumah tangga selebriti Brad Pitt dan Angelina Jolie dihimpit kontroversi apabila mereka dikhabarkan bertengkar gara-gara pelakon wanita Sienna Miller.

Brad dan Sienna dikhabarkan mempunyai hubungan rapat kerana terlibat dalam sebuah projek filem berjudul The lost City Of Z yang diterbitkan sendiri oleh Brad.

Menurut sumber, Angelina mula cemburu dengan hubungan rapat itu, malah dikatakan melarang lelaki itu datang ke lokasi berkenaan.

"Angelina tidak benarkan Brad ke lokasi penggambaran filem itu. Angelina sering mendengar nama wanita itu keluar daripada mulut suaminya. Perkara itu benar-benar menimbulkan kemarahan dan cemburu wanita itu," ujar sumber.

Sumber menambah, Angelina pernah memberi amaran kepada suaminya agar tidak mendekati pelakon wanita tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain