suria

Penulis Buku Pembunuhan Bob Marley Raih Penghargaan

Bob Marley
PENULIS novel berasal dari Jamaika iaitu Marlon James menerima penghargaan sebagai Man Booker 2015 kerana tulisannya tentang usaha pembunuhan Bob Marley dengan latar belakang sekitar tahun 1970.

Novel berjudul A Brief History of Seven Killings setebal 680 muka surat diumumkan sebagai buku paling menarik dan diterbitkan pada 2014.

Setiap halaman novel tersebut penuh dengan kejutan dan menarik minat pembaca.
 

Marlon James

Marlon James merupakan penulis Jamaika pertama yang berjaya meraih anugerah tersebut. Dia juga mengakui karya tersebut diinspirasi oleh muzik rege.

Novel tersebut mengisahkan perjalanan selama tiga dekad dan kisah pembunuhan benar yang dilalui sepanjang hibup bintang rege itu.

Marlon James kini menetap di Minneapolis, Amerika Syarikat berharap novel tersebut berjaya terjual dengan lebih laris dan diterjemahkan ke dalam banyak bahasa.

Bob Marley

Artikel Lain