suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat Lamar Yoo Ah In Semasa Sesi Soal Jawab

Yoo Ah In
AKTOR Yoo Ah In terkejut apabila menerima lamaran daripada seorang peminat wanitanya ketika menghadiri sesi soal jawab terbuka di Festival Filem Antarabangsa Busan baru-baru ini.

Allkpop melaporkan lamaran daripada gadis berusia 16 tahun itu mendapat perhatian peminat selepas video lamaran berkenaan dimuat naik di YouTube.

Gadis berkenaan mendapat pujian selepas tindakannya melamar dianggap sebagai ikhlas dan berani.

"Oppa (abang), bila awak akan berkahwin?," soalnya kepada Ah In sehingga menyebabkan hilai tawa di kalangan penonton yang menghadiri sesi berkenaan.

Ah In yang menjawab akan berkahwin sekiranya bertemu calon sesuai kemudiannya disambut remaja berkenaan; "Oppa, kahwini saya. Saya seorang wanita yang mementingkan keluarga,", katanya spontan.

Bagaimanapun Ah In tidak mengambil serius kejadian itu dan menganggap ia perkara biasa yang berlaku kepada selebriti belum berkahwin sepertinya.  
Yoo Ah In

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain