suria

Katy Perry Terima Padah Dicium Peminat Fanatik

TINDAKAN penyanyi pop sensasi Katy Perry menjemput salah seorang peminat wanitanya ke atas pentas pada persembahan di festival Rock In Rio di Brazil mengundang padah.

Peminat fanatik yang diundang ke atas pentas tiba-tiba bertindak liar apabila memeluk dan mencium muka dan leher penyanyi lagu Roar itu dengan ghairah.

"Dia cium leher saya!" jerit Katy ketika menolak wanita tersebut menjauhi dirinya.

Penyanyi itu bertindak profesional dengan bertanya kepada peminat tersebut dari mana dia berasal dan memintanya untuk mengajar beberapa perkataan dalam bahasa yang digunakan dalam negara itu.

Wanita tersebut sekali lagi bertindak di luar jangkaan apabila meraba buah dadah Katy serta terus menciumnya.

Bagaimanapun, Katy tenang menyelesaikan situasi tersebut sebelum wanita tersebut dibawa turun dari pentas.

Katy Perry

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain