suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

David Beckham Anggap Lucu Bakal Berlakon Filem James Bond

David Beckham tidak akan berlakon dalam filem terbaharu James Bond.

LEGENDA bola sepak England, David Beckham menjelaskan tidak pernah bercadang untuk bergelar pelakon sebagai respons kepada gosip mengatakan dia bakal menggalas tanggungjawab ejen 007 dalam filem James Bond.

David sebaliknya menganggap berita berkenaan sebagai lucu namun tidak menyangka disebut-sebut sebagai wajah baharu filem berkenaan.

"Saya mengetahui mengenai perkara itu beberapa hari yang lalu dan saya ketawa. Saya tidak akan muncul dalam filem berkenaan.

"Malah saya tidak merancang untuk bergelar pelakon dan minat dalam bidang itu hanya sekadar suka-suka sahaja," katanya.

Sebelum ini, peminat David mencadangkan dia menggantikan Daniel Craig yang akan tamat kontraknya dalam masa terdekat ini.

David Beckham, James Bond.

Artikel Berikut

Artikel Lain