suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekasih Dwayne Johnson Hamil

Dwayne bersama kekasihnya, Lauren.

HUBUNGAN cinta selama sembilan tahun yang terjalin di antara pasangan Dwayne Johnson dan Lauren Hashiah membuahkan hasil apabila mereka bakal menjadi ibu dan bapa.

Menurut laporan Dailymail, Lauren kini sedang hamil dan Dwayne atau lebih dikenali sebagai The Rock begitu teruja menantikan kelahiran anaknya itu.

"Rock dan Lauren benar-benar bahagia dan sedang berdebar-debar menantikan kelahiran anak sulung mereka itu," kata sumber.

Bagaimanapun sehingga kini pasangan itu belum memberi sebarang pengesahan mengenai berita itu.

Sebelum menjalinkan hubungan dengan Lauren, bintang filem Pain & Gain pernah berkahwin dengan Dany Garcia dan hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Simone Alexandra Johnson, 14.

Dwayne Johnson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain