suria

Bono (U2) Bintang Pop Terkaya Di Dunia

Pelaburan Bono di Facebook membuatkan anggota kumpulan U2 itu mendapat pulangan yang besar.

VOKALIS kumpulan U2, Bono nampaknya menjadi bintang pop terkaya di dunia apabila meraih pendapat berbilion pound menerusi saham yang dibeli dalam syarikat Facebook.

Menurut laporan mirror.co.uk, penyanyi dan komposer lagu itu telah membeli 2.3 peratus saham media sosial berkenaan dengan melabur 56juta pound (RM360juta) menerusi syarikat Evelation Partners pada tahun 2009.

Selepas enam tahun membuat pelaburan berkenaan, dengan penggunaan Facebook yang semakin meluas di dunia, Bono meraih keuntungan sehingga 940juta pound (RM6bilion).

Difahamkan, wang yang diperoleh sepanjang enam tahun pelaburan itu lebih tinggi berbanding pendapatannya sepangjang bergelar pemuzik.

Bono U2

Artikel Lain