suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Media Korea Selatan Kritik B.A.P Sebagai Pengecut

KUMPULAN B.A.P membuat pengumuman yang dirasakan sebagai berita baik bahawa mereka sudah kembali kepada agensi lamanya iaitu TS Entertaiment pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, berita tersebut telah mendapat kecaman segelintir media di Korea Selatan yang beranggapan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang bodoh selepas mereka membuat keputusan untuk keluar daripada agensi tersebut lebih setahun lalu.

Media negara tersebut turut mengkritik kumpulan itu sebagai pengecut dan tidak memperjuangkan hak yang selama ini ditindas oleh agensi berkenaan.

Namun begitu, segelintir peminat meluahkan perasaan mereka dan menganggap keputusan B.A.P adalah sesuatu yang wajar bagi meneruskan kerjaya nyanyian mereka.

"Maaf tuan wartawan, kami menganggap dia melakukan perkara yang betul dan jika ia salah bagi kami semua orang melakukan kesalahan.

"Apa yang kami baca agensi itu memang tidak bagus, namun ia lebih baik melihat penyanyi ini untuk terus ada dalam industri," ujar peminatnya menerusi laman sosial Instagram..
B.A.P

Artikel Lain