suria

Avril Lavigne Mahu Jadi Penerbit Filem

Avril Lavigne bercita-cita untuk menjadi penerbit filem.
PENYANYI Avril Lavigne memberitahu dia pernah bercita-cita mahu menjadi seorang penerbit filem dan akan merialisasikan impian tersebut.

Majalah US melaporkan, Avril, 30, mahu menerbitkan filem-filem genre seram, komedi termasuk bertemakan sambutan Krismas.

Malah dia turut berhasrat untuk berlakon dalam karya terbitannya itu.

"Saya mahu jadi penerbit filem dan berlakon di dalamnya!," katanya.

Bagaimanapun kata Avril, muzik tetap menjadi keutamaannya namun dia mahu ingin mengembangkan kerjayanya dalam bidang seni.

Dalam pada itu, Avril yang berkahwin dengan pemuzik Chad Kroeger memberitahu dia juga ingin berpindah ke Itali kerana menganggap negara itu sesuai dengannya.

"Saya berasa bebas dan gembira di Itali. Malah idea saya untuk menulis skrip dan lirik cukup banyak ketika berada di sana," katanya.
Avril Lavigne.

Artikel Lain